|
بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أيَّامًا مَّعْدُوداتٍ فَمَن كَانَ مِنْكُم مَرِيضاً أو عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِن أيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِين يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسكِينٍ فَمَن تَطَوَّعَ خَيرًا فَهُو خَير لَّه وَأَن تَصُوموا خَيرُ لَّكُم إن كُنتُم تَعلَمونَ
184.
(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada
yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya
berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan
wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa)
membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. barangsiapa yang dengan
kerelaan hati mengerjakan kebajikan[114], Maka Itulah yang lebih baik baginya.
dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui. [114] maksudnya memberi makan lebih dari seorang miskin untuk satu hari.
Ayat di atas menerangkan bahawa seseorang yang sakit atau uzur untuk berpuasa dan musafir dibolehkan untuk tidak berpuasa dan diwajibkan menggantikan puasa-puasanya yang tertinggal iaitu qadha atau membayar fidyah atau menunaikan kedua-duanya sekali.
Fidyah(Kafaratul Sughra) bermaksud denda atau tebusan yang dikenakan kepada orang islam yang melakukan kesalahan di dalam ibadah tertentu.Contohnya memberi sedekah makanan kepada fakir-fakir miskin. Golongan yang dikenakan Fidyah.
Fidyah dikenakan kepada beberapa golongan yang tidak menunaikan puasa atas sebab-sebab yang berikut:
1) Orang yang sangat tua dan uzur dan tidak mampu untuk berpuasa
2)Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh ( مرض الموت), disebabkan sakitnya itu dia tidak mampu untuk berpuasa.
3)Wanita hamil dan yang menyusukan anak berbuka puasa kerana khuatir memudaratkan dirinya dan anaknya.
4)Orang yang meninggalkan puasa,kemudian ia melengahkan qadha puasanya sehingga Ramadhan yang akan datang,sedangkan dia mampu untuk menggantikannya sebelum tibanya Ramadhan yang seterusnya.
Orang yang sangat tua dan uzur dan tidak mampu untuk berpuasa dan orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.
Firman Allah s.w.t:
فَمَن كَانَ مِنْكُم مَرِيضاً أو عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِن أيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِين يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسكِينٍ
Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin.(2:184)
Bagi orang yang sangat tua dan sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dan tidak berdaya untuk berpuasa mereka diharuskan untuk berbuka kerana keuzurannya.Dan mereka tidak diwajibkan untuk menqadhakan puasa tapi diwajibkan untuk membayar fidyah.
Ibnu Abbas telah berkata:
كان الشيخ الكبير والعجوز الكبيرة وهما يطيقان الصوم رخص لهما أن يفطرا إن شاءا ويطعيما لكل مسكينا Maksudnya:Orang yang sangat tua dikalangan lelaki dan perempuan,dan
kedua-duanya tidak berdaya untuk berpuasa,dibolehkan untuk mereka berbuka dan
hendaklah memberi makanan kepada fakir miskin sebagai ganti. (Tafsir At Tabari
juz 3:167) Kewajipan membayar fidyah bagi orang yang sangat tua dan sakit yang
tiada harapan untuk sembuh menjadi tanggungannya sehingga dia mampu membayarnya
walaupun dia seorang fakir.Tidak diwajibkan keatas mereka untuk mengqadhakan
puasanya walaupun dia mampu untuk berpuasa kemudiannya. Akan tetapi jika mereka
sudah menebus puasa yang tertinggal itu dengan mengqadhakan puasanya,maka tidak
lagi diwajibkan ke atasnya untuk membayar fidyah. Waktu untuk membayar fidyah bagi orang tua dan sakit ini adalah
selepas fajar dalam bulan Ramadhan dan juga sebelum terbit fajar iaitu pada
waktu malam. Walau bagaimanapun dia tidak boleh menyegerakan pembayarannya
dengan membayarnya sebelum tibanya bulan Ramadhan. Wanita hamil atau wanita yang menyusukan anak.
Di dalam permasalahan ini ulama telah berbeza pendapat,dan terdapat 4
pendapat di dalam hal ini: 1) Keduanya harus mengqadhakan puasa dan tidak perlu membayar fidyah. Ini
adalah pendapat Mazhab Hanafi,Abu Tsaur dan Abu Ubaid.(Bidayatul Mujtahid:
Maktabah Shamela) 2) Keduanya harus membayar fidyah dan tidak perlu mengqadhakan puasa. Ini
adalah pendapat Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Said bin Jubair.(Tafsir At Tabari
juz 3:168) 3) Jika dia khuatir akan keselamatan dirinya saja dia harus mengqadha
puasanya, akan tetapi jika dia khuatir akan keselamatan dirinya dan anaknya dia
harus mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah.Ini adalah pendapat Mazhab
Syafie dan Hambali.(Mughni al Muhtaj 1:644,Al Mughni juz 4:393) 4) Wanita yang hamil hanya mengqadhakan puasanya dan tidak perlu membayar
fidyah,manakala wanita yang menyusukan anaknya yang khuatir akan anaknya harus
mengqadhakan puasa dan membayar fidyah. Ini adalah pendapat Mazhab Maliki.(Ad
Dzakhirah juz 2:515). Tarjih. Permasalahan ini tidak mempunyai nas yang soreh dan para ulama berbeza
pendapat tentangnya. Jika diteliti mungkin pendapat mazhab Hanafi lebih kuat
kerana mengqiyaskan wanita yang mengandung dan menyusukan anak boleh
dikategorikan dalam orang sakit yang ada harapan untuk sembuh.Dan pendapat ini
ditarjih oleh sheikh Soleh Uthaimin. Dan jika memilih fatwa sahabat Rasulullah s.a.w adalah lebih kuat
berbanding qiyas, maka bolehlah mengikuti fatwa Ibnu Abbas dan Ibnu Umar.
Begitu juga sekiranya selesa untuk melakukan kedua-duanya boleh merujuk kepada
pendapat ulama yang lain. Wa Allah taala ‘Alam. Orang yang melengahkan qadha puasanya. Seseorang yang meninggalkan puasanya dan kemudian melengahkan qadha
puasanya sehingga Ramadhan yang seterusnya hendaklah mengqadhakan puasanya dan
membayar fidyah.Di dalam permasalahan ini terdapat 2 pendapat : 1)
wajib membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin untuk satu hari. Ini adalah pendapat
jumhur ulama iaitu Mazhab Maliki,Syafie,Ahmad dan para sahabat dan tabien
. tidak perlu membayar
fidyah. Ini adalah pendapat Mazhab Hanafi. (Rujuk Fiqh Sunnah).
Untuk keterangan lanjut mengenai permasalahan
ini,bolehlah rujuk link ini: http:////www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=36980&sid=5eb28afcb3a434e5d5a725e6cb63d542 Bagaimana
cara membayar fidyah? Dalam beberapa riwayat dari Ibnu
Umar disebutkan bahwa fidyah puasa Ramadhan dibayarkan dengan satu mudd (مد)(segenggam penuh tangan orang dewasa) burr (gandum
terbaik). Sedangkan dalam riwayat Ibnu Abbas adalah setengah sha’ (صاع)= dua mudd gandum. Berhubung tak ada nash juga dalam
masalah ini maka baiknya disamakan saja dengan zakat fitrah baik barang maupun
wangnya. Sebaiknya dibayarkan kepada orang miskin atau orang tak mampu. Boleh
kepada satu orang untuk semua hari atau beberapa orang. عن أيوب عن أنس بن مالك أنه ضَعُفَ عن الصوم عاما فصنع جفنة من ثريد ودعا ثلاثين مسكينا فأشبعهم Dalam sebuah riwayat dari Ayyub bahwa Anas bin Malik
rahimahullah ketika sudah tua dan tak mampu puasa beliau membayar dengan cara
mengundang 30 orang miskin untuk satu kali makan di rumahnya, dan itu adalah
pembayaran untuk 30 hari tidak puasa. (Lihat riwayatnya dalam Sunan Ad-Daraquthni,
no. 2415). 1 sha` = 4 mudd 1 mudd = 0, 688
liter (menurut perhitungan Prof Dr. Wahbah Az Zuhaili dalam kitabnya Al-Fiqh
Al-Islami, juz 1, hal. 119, maktabah syamilah). Lalu satu sha`
dihitung adalah = 2,75 liter. Demikianlah
perhitungan yang saya dapatkan dalam kitab Al-Fiqh Al-Islami dan dalam kitab
Fiqh Az-Zakaah, karya Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Artinya, setengah
sha’ beras sama dengan 1,35 liter. Kalau dikilokan sekitar 1,5 kg. Rujukan selanjutnya: فتاوى اللجنة الدائمة ، المجموعة الأولى، مكتبة الشاملة http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=38493&sid=163116098619c7985ece9d6271251e81http://http://rajawana.com/artikel/akhak-a-agama/402-bagaimana-cara-membayar-fidyah-puasa.html |
| Leave a Comment: |