|
tahniah di ucapkan buat sahabat-sahabat seperjuangan yang akhirnya berjaya menubuhkan portal komuniti dakwah.Laman web ini adalah hasil kerja daripada mahasiswa Malaysia di Maghribi.InsyaAllah dengan penubuhan web Diyalna.com yang bermaksud kepunyaan kami(nama ini diambil daripada dialek orang morocco iaitu bahasa darijah) memberi sedikit sebanyak informasi yang berharga kepada semua. SIAPA KAMI? Dalam usaha menyebarkan ilmu kepada masyarakat dan remaja Islam khususnya, Diyalna muncul sebagai salah satu medium dakwah bersesuaian dengan kehendak jiwa masyarakat masakini. Diyalna diasaskan oleh mahasiswa Malaysia di Maghribi yang mempunyai kemahiran dan kriteria dalam bidang masing-masing. Melihat kepada kemahiran individu ini, kami melihat adalah lebih baik jika ia disatukan untuk menjadikan skop dakwah yang lebih berkualiti, fleksibel, praktis dan futuristik lebih-lebih lagi ketika remaja Islam hari ini sedang berdepan dengan budaya negatif yang dilambakkan oleh barat samada dalam bentuk penjajahan minda, gaya hidup bebas dan sebagainya yang menjerumuskan mereka kepada fahaman hedonistik yang amat kritikal. Melihat kepada kekeringan umat mengenai agama dan thaqafah ilmu ini, kami muncul dengan harapan dapat memberi sumbangan yang sedikit demi membantu masyarakat khususnya remaja Islam yang satu hari nanti akan menjadi simbolik untuk kepimpinan negara di masa hadapan. Meh pakat ramai-ramai sertai diyalna.... |
| Leave a Comment: |