|
Sebuah cinta yang sejati Cuma sementara Tiada yang abadi Diriku tersisih Menagih sebutir harapan Selalu merintih Namun tiada jawapan Lalu ku beralih arah Temui kasih tiada bandingan Yang satu selamanya Ya ALLAH…. Di mana hilang sebuah cinta sejati Ku mencari kasih tulus suci Ku bahgia KAU selalu menemani Kala hatiku sunyi…. Ya… Ya Rahman.. Ya Rabbi…Ya Allah Ya Rabbi…Ya Allah Ya Rabbi…Ya Allah Ya Allah…. Di atas ini adalah lirik lagu kumpulan Nice feat Hazami.Lagu ini dah lama saya dengar,seingat saya musim soif tahun lepas,selepas habis sahaja peperiksaan nihaie sem 4. Saja nak cari-cari lagu nasyid tiba-tiba nampak lagu ini,dengar dan terus terpikat.Nak kata tiap-tiap hari dengar,sebab dah 'jatuh cinta' dengannya.Saya mula nak download,tapi cari-cari tiada,akhirnya saya ambil keputusan hantar mesej terus kepada si pengupload,Nezz,dia memang banyak kumpul lagu kumpulan Nice ni. Sungguh saya terpikat dengan lagu ini.Setiap kali mendengarnya,hati saya cukup tersentuh.Memang benar kasih sayang Allah itu kasih yang abadi,tiada tolok bandingnya.Setiap kali kita terjatuh kita pasti cuba mencari kasih dan keampunannya. Dakwah masa kini pelbagai genre.Ada yang menyampainya melalui penulisan,lagu, ceramah dan sebagainya.Apa pun caranya moga pengisian itu sampai. Di samping itu perbanyakkan zikrullah agar kita sentiasa dekat dengan-Nya.Allah berfirman: "ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang". Semoga diri ini menjadi lebih dekat dengan Allah. Thabit qulubana 3ala dinik wa3ala to3atik.... |
| Leave a Comment: |