The Author

Photobucket
SIAPA SAYA ::War-g-ya:: ::Seremban,Negeri Sembilan:: ::Pengajian Islam::
ituakujiya
July 11th
Female
senawang,negeri sembilan

Photobucket
 
Contents
::SEMBANG-SEMBANG::
Free shoutbox @ ShoutMix



 
 
Epilogue


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


Acknowledgements

Layout: Marianne
Picture: Stock.XCHNG
BLOGDRIVE
TEMPLATES
My Life, My Story



Website Counter
Free Counter



RSS Atom
rss feed





rss feed

RSS Atom
rss feed
حياتي كلها لله
Tuesday, March 03, 2009

Indahnya hidup bila semua kerana Allah.


::Hayati kulluha lillah-Yahya Hawa ::



written by ituakujiya at 21:26
Make a comment




Ada orang tag pulak...
Monday, February 23, 2009

 Assalamualaikum....

  Tadi saya buka ym,nampak kat status zahirah dia linkkan blog dia dengan tajuk 'aku dan tag'.Baca kat blog dia rupanya dia dah ditag oleh http://akumasihdiriakusendiri.blogspot.com @ kak lilah.Buka pula blog kak lilah,dalam senarai orang yang nak dia tag,ada pula link ni http://ituakujiya.blogdrive.com. (hehe..ingat dah kena boikot tadi dengan blogspot). Dan dekat bawah ini 'ituakujiya'telah menjawab tag-tag tersebut...

 Selamat membaca....


1)      Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Nama blog saya yang sekarang from the inside(erm ada ke yang dulu..hehe).Tiba-tiba je terfikir nak tulis ni masa tu.


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://ituakujiya.blogdrive.com. Masa itu memang dalam proses nak menyiapkan blog ini atas bantuan seorang rakan,tapi nama untuk blog memang tak terfikir masa itu.Kebetulan pula tengah dengar lagu Sheila on 7 ' itu aku' waktu tu.Dengar berulang kali terus dapat idea 'ituakujiya'. Jiya itu singkatan dari nama saya Norwajia Umi.


    3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?

Bagi saya setiap apa yang bermanfaat boleh saya sampaikan saya akan cuba sampaikan. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sampaikan dariku walau sepotong ayat" riwayat bukhari:3461


    4) Apakah pendapat anda mengenai blog pelajar Malaysia di Maghribi ini? (kena sebut ikhwan dan akhawat) - Bagi yang bukan pelajar di Maghribi, abaikan soalan ini. Tapi, kalau nak jawab dipersilakan!-

Saya selalu juga jenguk-jenguk blog-blog akhawat ini,kreatif masing-masing. Dari template hingga ke penulisan,semuanya memuaskan dan seronok membacanya. Kebanyakkannya simple tapi menarik. Ikhwan pula,kreatif mereka mungkin lebih sikit kot dari akhawat ini,siap ada header,banner dan batch sendiri,baguslah gitu,insyaAllah protaz semuanya.Penulisan mereka juga pelbagai dan menarik.Apa- apa pun syabas untuk semua.hehe


5) Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar (dakwah)?

Genre dakwah ini pelbagai.Ada orang bagus dalam menulis,tapi bila berhadapan dia agak pemalu sedikit,jadi dakwah secara tulisan agak sesuai untuk dia.Ada orang pula bagus dalam penyampaian di khalayak tapi bila mesej cuba disampaikan dalam bentuk tulisan macam 'kurang' pula.Dan ada pula mampu untuk keduanya,maka beruntunglah orang ini kerana mampu berdakwah dalam 2 keadaan ini. Kesimpulannya,Setiap orang punya kelebihan dan kekurangannya.


      6) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

       Pernah,sebab kadang-kadang mood nak menulis tak ada,space gambar dah hampir habis dan pada satu masa rasa malas nak berblog pula. Orang kata nak berblog ni mula-mula je dah lama tu macam malas dah,betul ke? waallahualam. Alhamdulillah masih lagi setia nak update.hehe

        


7) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Sedang menuju kedewasaan.hehe.InsyaAllah bakal menyusul kak kay pula.hehe Jangan lupa jemput kita nanti ye.



written by ituakujiya at 20:33
Comment (1)




Tetamu yang diundang...
Friday, February 20, 2009

Assalamualaikum...

 Minggu ini rumah saya menjadi kunjungan adik-adik dari kenitra,terimakasih sudi datang semua,memang minggu ini minggu terima tetamu agaknya.hehe.Bermula hari khamis petang minggu lepas,Lily dan fatin datang dan kebetulan saya juga baru pulang dari kenitra pada hari yang sama cumanya saya sampai dalam tengahari mereka sampai petang sikit.Sampai-sampai je,"akak kiteorang ingat nak pegi beli bibi la"(maksudnya ayam belanda,tapi kami gelarkan ala-ala sandwich yang kat dalamnya ada bibi tu.huhu~) bukan tu saja ada juga sosej dan hati.sedap~) Disebabkan dah petang sangat saya pun temanlah mereka ke kedai 'bibi' tu.Fatin siap angkat 2,satu bibi satu lagi sosej,katanya nak menikmati rasanya.erm..memang menikmati betul sampai nak balik pun sempat pergi beli lagi.

 Keesokan harinya pula,Muti'ah datang dengan Shaley dan Asna.Hari sabtunya pula kami bawa shaley dan asna ke expo buku antarabangsa di Casablanca.Bulan ini memang bulan pesta buku,jadi saya ke sana untuk survey-survey buku dan harganya.hehe.Suasana tahun ini rasanya tak macam tahun lepas,tak banyak sangat buku macam tahun lepas atau mungkin saya pergi awal sangat.erm tak tahulah.

  Hari Ahad,mereka berempat balik ke kenitra datang pula rombongan Adibah and the geng.huhu Ada lima orang semuanya.Kedatangan mereka kami jamu dengan pizza dari Mic Mac kat syari3 palestin(kerap juga pergi ke sini dengan housemates..makan pizza).Lepas makan pizza makan nasi pula.adoyai~

  Hari selasa,mereka bertolak ke Casablanca,kami menerima kunjungan dari Kak Lilah dan Sakinah.Mereka pun 'serang ' kedai 'bibi' tu juga.Sakinah suka betul dengan sosej,sampai  ke joutiah di carinya sosej.Saya pula pencarian  untuk mencari 'berghrir' berakhir juga.kata Kak Lilah "erm..ini maknanya awak kena selesai cari barang untuk rumah dulu,baru boleh dapat benda ni" huhu.Mana taknya dah mengidam nak makan berghrir ni masa habis muhadhoroh yaum dirasi hari selasa hari itu,akhirnya jumpa juga keesokan harinya. Terimakasih Muti'ah, Kak Lilah dan Sakinah,sebab sanggup teman cari 'berghrir' tu,nak kata satu joutiah la dipusingnya..hehe.Mengidam nak makan sebab KAYA DARUZZAK ada kat umah.( macam apam balik rasanya.) -nak masukkan gambar,tapi tak ada space dah.-

  Rasa seronok dapat kumpul ramai-ramai, yela rumah kami mereka jarang sampai sebabnya akhir perhentian kami mesti kat Rabat sebabnya pertengahan.hehe. Terimakasih pada semua kerana sudi datang.InsyaAllah kami akan datang kenitra dan rabat lagi..erm for sure la datang,sebab program persatuan selalu buat kat kenitra.

 Allah berfirman:"Sesungguhnya orang-orang mu'min itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat"  (49:10)

  Minta maaf kalau layanan kami kurang atau sebagainya,apa-apa pun memang seronok dapat berkumpul macam ini sekali-sekala, kan? Sayang semua

 Rasulullah s.a.w bersabda:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam,Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya.Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat,maka hendaklah dia memuliakan tetamunya." (riwayat bukhari dan muslim)

~Bersiap nak ke maarid(expo buku) dan menunggu rombongan kawan-kawan dari Rabat pula.

 


written by ituakujiya at 07:29
Comment (1)




Lubang di hati...
Thursday, February 05, 2009

ku buka mata dan ku lihat dunia
t’lah kuterima anugerah cinta Nya
tak pernah aku menyesali yang ku punya
tapi kusadari ada lubang dalam hati
ku cari sesuatu yang mampu mengisi lubang ini
ku menanti jawaban yang dikatakan oleh hati

apakah itu kamu apakah itu dia
selama ini kucari tanpa henti
apakah itu cinta apakah itu cita
yang mampu melengkapi lubang di dalam hati

ku melihat hanya dia lah obatnya
tapi kusadari bukan itu yang kucari
ku teruskan perjalanan panjang yang begitu melelahkan
dan kuyakin kau tak ingin aku terhenti

apakah itu kamu apakah itu dia
selama ini kucari tanpa henti
apakah itu cinta apakah itu cita
yang mampu melengkapi lubang di dalam hati


written by ituakujiya at 20:53
Make a comment




Rindu Sahabat...
Sunday, February 01, 2009

Assalamualaikum...

 keadaan cuaca di Mohammedia hari ini hujan lebat.Dua tiga hari ini selalu sahaja angin bertiup kencang,angin pantai mungkin,tapi bila baca di status ym kawan-kawan yang lain cuaca di tempat mereka sama juga seperti di sini.Mungkin perubahan musim menyebabkan cuaca tidak menentu.Yang pasti malam ini dingin sekali yaa...( suka cakap indon sekarang,pengaruh sinetron mungkin).

 ~Blog sudah bersawang~ baru tersedar ini  post saya yang pertama untuk tahun 2009 ini.Kenapa ye dah jarang nak menulis ni?isk2.. tadi cek kat file manager saya diskspace tuk masukkan gambar hanya berbaki 98%,erm banyak juga saya masukkan gambar,perlukah berhijrah ke rumah yang lain? kata kak lilah di chatbox,dia tak boleh nak linkkan blog saya kat blog dia,maybe blogspot tak nak terima blogdrive kot. tak tahulah...

  Esok perlu ke jamiah,ada urusan yang perlu diselesaikan.Nak jumpa kawan arab tuk settlekan beberapa perkara.Dalam minggu ini rasanya perlu ke Maktabah Saudi nak cari bahan untuk bahas.

  Beberapa hari yang lepas sempat melawat kawan-kawan kat Rabat.Rasa seronok sangat,makan sama-sama,borak sama-sama,yela dah lama tak rasa macam tu, kalau datang pun sekejap-sekejap je. Alhamdulillah kerana ukhwah ini masih utuh.
Macam mana kalau dah khirij semua nanti ye? hope still keep in touch..

  ~Bila teringat~

 Sewaktu di Maahad,saya ada 4 orang sahabat yang amat rapat.Tak tahu macam mana boleh rapat tapi antara 4 orang tu,seorang memang saya dah kenal sejak form  1 tapi kami mula rapat masa form 2,itu pun sebab dia duduk asrama,biasalah time tu,budak asrama rapat dengan budak asrama je.Nur Su'aidah @ kak de namanya.hehe.. kami masih bersama sampai Morocco ni tapi lain wilayah,hari itu dapat jumpa dialah kat rabat.huhu~

  Baki 3 orang lagi Nur Hizwani,Amni Azwin dan Nur Fatihah @ ayong.Dalam kami berlima ini dah tentulah ayong yang sulungnya,selalu kalau kami gaduh dia yang tolong settlekan.hehe sayang ayong.Dulu selalu je ada masalah antara kami,tapi semua tula yang menguatkan lagi ukhwah kami.Dan sekarang masing-masing ada haluan sendiri tapi kami still bersama. Wani sekarang kat UM,Amni kat UDM dan Ayong kat Politeknik Tanjung Malim,Perak.

  Bila balik Malaysia baru-baru ini,terkilan sangat,sebab tak dapat kumpul berlima,selalu jumpa dengan kak de,sebab rumah kami dekat dan kerja di ofis yang sama,jadi tak ada masalah lah,Bila nak jumpa je,ada yang menghalang.isk2... sabar jela.Saya sempat jumpa pun dengan wani dan ayong,amni maaf sangat-sangat yer tak dapat jumpa.InsyaAllah pasti ada peluang untuk kita ketemu lagi.Yang pasti kalian tetap dalam ingatanku.~aku kangen~

 ::nak masuk gambar tapi space tak cukup,perlukah aku berhijrahHurmph  ::

 Especially for you all..

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah
 

-Takziah buat Saudari Nurul Anisah binti Nordin atas pemergian ayah tercinta ke rahmatullah.Ayahnya meninggal disebabkan serangan jantung.Al-Fatihah-

 


written by ituakujiya at 22:43
Make a comment




Sakit mereka sakit kita juga
Wednesday, December 31, 2008

Gaza terus bermandi darah


KEJAM... Ribuan penduduk Gaza berarak mengiringi jenazah kanak-kanak Palestin, Dena Balosha, 4, untuk dikebumikan. Dena dan empat ahli keluarganya terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel, semalam.


BANDAR GAZA 29 Dis. – Jet-jet pejuang Israel mengebom kedudukan Hamas di Genting Gaza buat hari ketiga berturut-turut hari ini menyebabkan tujuh orang terbunuh, termasuk kanak-kanak.

Antara mangsa yang terkorban awal hari ini ialah empat kanak-kanak perempuan berusia antara setahun hingga 12 tahun daripada sebuah keluarga.

Mereka terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah masjid dekat rumah mereka di pekan Jabaliya, utara Gaza, manakala dua budak lelaki terbunuh dalam satu serangan di bandar Rafah, selatan wilayah ini.

Jet-jet pejuang Israel mensasarkan rumah Komander Kanan sayap bersenjata Hamas, Briged Izz el-Deen al-Qassam, Maher Zaqout, tetapi beliau terselamat kerana tidak berada di rumah itu ketika serangan tersebut.

Rejim Yahudi itu terus memekakkan telinga terhadap desakan dunia supaya rejim zionis itu menghentikan keganasan di semenanjung itu.

Sewaktu kereta kebal dan meriam Israel berkumpul di sempadan Gaza sebagai persiapan untuk melancarkan serangan darat, pesawat perang melancarkan puluhan serangan di wilayah yang padat dengan penduduk di wilayah itu, awal hari ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengulangi gesaannya supaya keganasan itu dihentikan segera dan mendesak Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah yang mengalami sekatan sejak Hamas menguasai wilayah itu pada Jun 2007.

"Beliau sekali lagi mendesak supaya segala tindakan keganasan dihentikan segera," kata jurucakap Ki-moon.

Operasi 'Cast Lead' tentera Israel yang dilancarkan kelmarin telah pun membunuh 310 rakyat Palestin termasuk puluhan penduduk awam dan mencederakan lebih 1,400 lagi, menurut pasukan perubatan Gaza.

Hamas membidas masyarakat antarabangsa kerana tidak mengambil tindakan tegas untuk menghentikan keganasan Israel itu.

"Israel melakukan holocaust, sementara dunia hanya memerhati dan tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.

Sementara itu, para pemimpin dunia terus mengutuk serangan Israel di Genting Gaza.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyifatkan apa yang berlaku di Genting Gaza sebagai satu ironi kerana serangan dan pembunuhan penduduk Palestin dilakukan di ambang umat Islam menyambut ketibaan Maal Hijrah.

Naib Perdana Menteri China, Li Kegiang turut mengecam serangan Israel itu.

Beliau berkata, China terkejut dan sangat khuatir dengan operasi ketenteraan di Genting Gaza yang telah mengorbankan banyak jiwa dan ramai yang cedera.

– AFP sumber utusan Malaysia

 Ya Allah kau binasakanlah mereka ini  yang telah menzalimi saudara seislamku di Gaza ya Allah,sesungguhnya hanya engkaulah yang menguasai kebinasaan. Ayuh! mungkin kita tidak punya senjata api untuk menyerang mereka tapi kita masih punya kudrat untuk memboikot barangan mereka dan kita juga punya DOA untuk mereka,kerana doa itu senjata mukmin.

Hasbunallahu wa ni3mal wakil...

 Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran,maka hendaklah kamu mengubah kemungkaran itu dengan tangannya.Andai tiada keupayaan,maka lakukan dengan lisan.Andai juga tiada keupayaan,lakukanlah ia dengan hati,sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman."



written by ituakujiya at 09:40
Make a comment




Salam Maal hijrah..
Tuesday, December 30, 2008

 Assalamualaikum...

  Setiap kali tibanya awal muharam(bulan pertama hijrah) 1 yang timbul dalam benak fikiran kita ialah "apa azam aku tuk tahun baru ni?" .Ya.azam. Orang yang bermatlamat akan sentiasa menanamkan azam dalam diri, tak kiralah tahun baru ke tak ke, yang penting kena ada azam. Petang tadi sempat ber'sms' ngan mak,mak pesan belajar rajin-rajin dan sentiasa tanamkan azam untuk jadi lebih baik dari semalam. Lepas peristiwa dua tiga hari lepas,semangat belajar  berkurang akibat kesal dengan tindakan setengah pihak yang tak dapat berfikir secara rasional dan menggunakan kewarasan akal fikiran mereka. Jamiah tempat menuntut ilmu,setiap guru yang mencurahkan ilmu untuk kita haruslah kita hormati kerana dengan itulah kita akan mendapat keberkatan ilmu. Sakit hati ini bila melihat ustaz saya ditolak dengan kasarnya apabila mereka macam orang gila menolak pintu dewan peperiksaan, kononnya nak protes supaya tangguhkan peperiksaan dan kononnya nak membela rakan-rakan mereka yang menjadi mangsa atas kebodohan mereka sendiri. Atas kebodohan mereka, satu nyawa hilang,seorang lagi tidak dapat meneruskan cita-cita untuk menamatkan pengajian dan ada pula yang meringkuk dalam penjara.

  Semoga dengan ketibaan awal muharam ini menjadi titik tolak perubahan mereka menjadi baik.Dan harapnya tiada lagi tunjuk perasaan selepas ini,atas tindakan mereka peperiksaan yang sepatutnya kami duduki bermula 25hb 12 hingga 7 hb 1 terpaksa ditangguh ke 5hb. Ya  Allah permudahkanlah kami menghadapi semua ini dan dapat menduduki peperiksaan dengan tenang.

firman Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka"


Salam Maal hijrah 1430h..dan selamat berhijrah dan selamat berimtihan kepada semua mahasiswa Malaysia di Maghribi.

*sanah helwa buat adik tersayang,Siti Aisyah (29 hb 12 2008) dan abang tersayang,mohd hafizuddin pada 1hb 1 2009 ini.berpakat pulak korang yer..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.


written by ituakujiya at 00:12
Make a comment




Terimakasih atas segalanya
Tuesday, December 23, 2008

Assalamualaikum....

Hari ini saya rasa gembira,gembira dapat telefon ustazah saya di Malaysia. kami mula rapat sejak saya daripada  tingkatan 1 lagi.Alhamdulillah kami masih lagi berhubung. hampir sejam saya menelefon dia,sungguh saya tak sedar,apa-apa pun seronok sangat dapat berbual panjang dengannya.setiap kali nak tamatkan ada aja yang nak cerita..huhu.

"ustazah maafkan saya kalau ada buat salah silap dan buat ustazah terasa hati." "ish! dengan wajia takdelah,wajia lah paling saya ingat,sejak batch kak aini sampai batch awak saya sentiasa ingat.tapi budak asramalah,sebab saya lebih rapat dengan kamu semua."

 Hati saya tiba-tiba sayu dan terharu,teringat kembali kenangan bersama ustazah dan rakan-rakan.Sewaktu di tingkatan 2,batch kami antara yang degil,walaupun pengawas ada je 'dajal' yang nak dibuatnya,bermula masalah dengan kakak-kakak sampailah ke budak aspura@budak lelaki.huhu... "haa,itulah kakrock.tak boleh saya lupa yang carik gaduh ngan budak laki tu.kalau suara kasar bertempik tu kamulah." "ish! saya dah berubahlah ustazah,takde kak rock dah, kak lembut skng  takde carik gaduh sume..hehe." Walaupun saya di antara yang bermasalah ketika itu,ustazah tetap beri kepercayaan pada saya,dia sentiasa cakap yang saya boleh lakukan dan boleh hadapi semua ini.peranan seorang guru bukan hanya mengajar tapi turut memberi rangsangan kepada anak muridnya,sememangnya guru adalah ibu bapa kedua pada kita. terima kasih ustazah,harapan ustazah hampir saya laksanakan. doakan saya dan rakan-rakan cemerlang di dunia dan akhirat dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Tanpa didikanmu,nasihatmu,cabaranmu, aku belum tentu menjadi seperti sekarang,terimakasih atas segalanya.


          
Lilin Seorang Guru

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

 lagu ini dedikasi buat ustazah rahimah, jasamu tetap ku kenang.


written by ituakujiya at 21:45
Make a comment




Selamat hari raya Aidiladha
Friday, December 12, 2008

                         

Di  kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat HARI RAYA AIDILADHA kepada semua dan terimakasih kepada semua yang hadir pada haflah kami semalam(11 dec 2008).kehadiran kali ini mungkin tidak semeriah tahun lepas tapi kami tetap gembira. Terima kasih kawan-kawan semua..


written by ituakujiya at 15:22
Make a comment




Ceritera 3utlati.
Friday, August 29, 2008

 Agak lama tak mengupdate blog ni,lebih 2 bulan rasanya,sangkanya pulang ke tanah air lebih banyak ingin dikongsi,tapi disebabkan kekangan masa niat itu terpaksa ditangguhkan.Terasa sekejap menghabiskan percutian kali ini,alhamdulillah masa saya terisi dengan perkara yang bermanfaat,yang pasti masa bersama keluarga amat berharga di kala ini.peluang bertemu sahabat-sahabat seperjuangan juga tidak dilepaskan,yang pasti saya sempat bertemu dengan dua sahabat sejak di tingkatan 2  sebelum mereka menjejakkan kaki ke bumi mesir....erm,terasa rindu nak ke sana lagi, insyaallah jika ada masa saya ingin ke sana semula...semoga kalian tabah dan bersungguh mencari ilmu di bumi anbiya' itu.

  Cuti sekolah yang lalu juga sempat saya bertandang ke rumah bang long,yang pasti untuk bertemu dengan anak-anak buah yang amat saya rindui..erm..dah besar masing-masing,nasib baik masih kenal dengan mak uminya.Rindu pula nak bila teringat telatah dan karenah masing-masing,erm yang pasti kita jumpa lagi yer raya ni.hai,rindu pulak mak umi nak jumpa korang.

Sempat juga saya ke maahad,sekolah tercinta,walaupun berdua dengan zahirah kami tetap teruskan perancangan untuk ke maahad ,yang pada awalnya turut serta bersama kami dua lagi sahabat...insyaAllah masih sempat lagi rasanya tuk ke sana.Bertuah juga rasanya dapat datang hari itu,pertemuan dengan ayahanda membuka mata kami, ayahanda perkenalkan kami dengan program yang dia laksanakan sekarang,KEMBAQ(Kemahiran bahasa Al-quran)... ayahanda begitu bersungguh-sungguh menceritakan programnya pada kami,yang pasti dia sentiasa cuba mewujudkan rasa kecintaan pelajar-pelajar dengan bahasa al-quran.saya amat tertarik dengan penerangannya, ya..sebagai pelajar pengajian islam ,tidak boleh tidak bahasa al-Quran yang di pertuturkan,al-Quran dan hadis dijadikan panduan.penguasaan bahasa amat penting.Kemahiran memahami dan menulis belum cukup tuk menguasai bahasa arab,yang pasti kemahiran bertutur amat penting untuk diterapkan dalam diri pelajar itu sendiri.Sebelum kami pulang ayahanda sempat menghadiahkan kami sebuah buku terjemahannya bersama seorang sahabatnya melalui kitab pengajian Sheikh Nuruddin.Moga hadiah yang tidak ternilai ini dapat menyunting semangat saya untuk menghasilkan satu terjemahan buku sepertinya.erm...mungkin juga program seperti KEMBAQ dapat dilaksanakan di bumi maghribi bila aku pulang nanti,insyaAllah,saya berharap usaha murni ini dapat diusahakan.

 Harapan menghabiskan cuti di tanah air dengan sesuatu yang bermanfaat hampir terlaksana dan yang pasti pelbagai pengalaman saya alami,lucu pula rasanya bila teringat peristiwa Alumni batch SPM 2005,sedih bila terpaksa berpisah dengan sahabat yang lain dan bermacam lagi.Akan saya kenang saat itu. Walaupun bekerja,masa masih terluang meneruskan pembacaan mengenai maqosid,penat dan bosan kerana saban hari asyik memasukkan data untuk e-kamus,tapi banyak ayat bahasa arab yang saya perolehi,syukur.
Di kala ini ,sahabat-sahabat di maghribi pasti sibuk mengikuti kelas tafaqquh fiddin, terasa cemburu dengan mereka dapat mengkaji kitab fiqh sunnah karangan sayyid sabiq dengan lebih mendalam lagi.Moga-moga dapat sama-sama kita berkongsi nanti ye.





Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia ke-51 dan ahlan wasahlan ya ramadhan...

 


written by ituakujiya at 13:36
Make a comment




Don't buy Vista Security
Previous Page Next Page