Photobucket


Wednesday, August 19, 2009
Tibanya bulan Ramadhan bulan barakah


Assalamualaikum…

 

 “Kak!sampai kenitra nanti kita pergi Mahattoh Qiran eh.”

 

  Petang itu kami bercadang untuk ke Mahattoh Qiran(nama stesyen bas di Kenitra) untuk melihat tiket ke tetouan pada esok hari.Dari Rabat,kami telah bertolak ke Kenitra selepas asar.Tidak bercadang untuk pulang ke rumah,kami terus mencari teksi untuk ke stesyen bas itu.

 

 Selepas lama mencari,sebuah teksi berhenti.


  "Kak!dia ni aritu tanya kiteorang pasal sirah nabi."Junior saya menerangkan tentang pemandu teksi itu.Dari perwatakannya jelas dia mempunyai pendidikan agama yang baik.Kebanyakkan pemandu teksi di Maghribi yang saya temui mempunyai taraf pendidikan yang baik dan mereka ini selayaknya mendapat pekerjaan yang lebih baik dari pemandu teksi tapi kerana peluang pekerjaan yang terhad mereka memilih menjadi pemandu teksi.Perkara ini membuatkan saya rasa kita seharusnya bersyukur dengan kerjaya yang kita perolehi.Mereka juga mengajar saya bukan segulung ijazah penentu kejayaan hidup tapi pengalaman bergaul dengan masyarakat merupakan 'ijazah' terpenting dalam hidup.


  Sepanjang perjalanan banyak yang kami bualkan.Banyak yang disoalnya kepada kami,terkedu juga saya untuk menjawabnya,dalam hati saya tidak habis memujinya.Tabarakallah.


  Memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelma,perbualan kami lebih berkisarkan tentang Ramadhan.


  "Kamu tahu maksud Ramadhan itu sendiri apa?" tanya pemandu teksi itu.


  Kami diam.


 "Yakni,huruf ra' itu apa,mim itu apa.dhod itu apa" jelasnya lagi.Lama kami memikirkan.


 "Baiklah. ra' itu maksudnya adalah rahmat, mim pula adalah maghfirah, dhod apa?" terang beliau.


sepi lagi.


"dhod itu jaminan ke syurga( ضمن إلى الجنة)." " Na'am" jawab kami.


"Alif pula aman dari neraka dan nun adalah jauh dari seksaan kubur( نجوة من عذاب القبر)" jelasnya lagi.


 Itulah simbolik dari perkataan Ramadhan itu sendiri.


 Kemuliaan bulan Ramadhan.


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W bersabda: “Apabila tiba Ramadhan,dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan syaitan diikat.” (riwayat Bukhari,Muslim,Nasaie,Ahmad dan Al Baihaqi)

 

Abu Hurairah berkata:aku telah mendengar Rasulullah S.A.W  bersabda tentang Ramadhan: “ Barangsiapa yang mendirikan(Ramadhan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosa yang lalu.” (Riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud,Tarmizi,Ahmad dan al Baihaqi)



Ramadhan menjelma lagi.Bulan yang penuh keberkatan dan rahmatnya.Allah telah menjanjikan pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup.Dan pada bulan ini adanya suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

 

Ayuh bersama kita mencari keberkatan bulan ini.

Posted at 16:33 by ituakujiya

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry



Photobucket
SIAPA SAYA ::War-g-ya:: ::Seremban,Negeri Sembilan:: ::Pengajian Islam,Hassan thani University,Mohammedia:: farafishah_wu88@yahoo.com
salam Pictures, Images and Photossalam Pictures, Images and Photos
::SEMBANG-SEMBANG::
Free shoutbox @ ShoutMix


I love Islam Pictures, Images and Photosislam Pictures, Images and Photos

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






rss feed




Kredit Diyalna 2