Soif kali ini
Tuesday, August 18, 2009
Assalamualaikum...
Soif kali ini saya habiskan di morocco,mak tak galakkan nak balik sebab tahun depan nak balik dah,jadinya masa 3 bulan ini akan dihabiskan di morocco sebelum sambung pengajian akhir di sini.Ya Allah permudahkanlah segalanya.
7 Ogos 2009.
Pada tarikh ini dua jiwa telah disatukan iaitu NurHafizah bt Anuar dan Noradli Syahri bin Abdul Kadir.Satu alasan nak balik sebab nak datang majlis mereka,tapi tak apalah mungkin tak ada rezeki.Semoga perkahwinan kalian sentiasa dilimpahi mawaddah dan rahmah yang dijanjikan Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Firman Allah S.W.T:
Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian[1035] diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui 24:32
12 Ogos-16 Ogos 2009
Musafir.Perancangan untuk musafir ini telah kami rancang dua minggu awal dari tarikh ini,pelbagai dugaan.Saya yang mula berkobar-kobar akhirnya mengambil langkah untuk biasa-biasa sahaja,takut yang dirancang tidak kesampaian. Alhamdulillah akhirnya segala yang dirancang ianya dapat dilaksanakan.Maka kami seramai 6 orang telah bermusafir ke Tetouan-Sebta-Tanger.
Kami telah berjalan ke Martil,Mdiq dan Fnedeq dan saya kagum dengan keindahan bandar-bandar di sana.Pada hari ketiga, sebahagian daripada kami telah pergi ke Sebta dan sebahagian lagi telah ke Fnideq untuk kali kedua,saya tak dapat mengikuti mereka kerana tidak membawa passport malah memang tak ingat langsung untuk ke sana walaupun memang merancang untuk ke tetouan cuti ini.
Sehari sebelum pulang, kami telah ke Tanger.Perjalanan ke sana amat memenatkan kerana kami hanya berjalan kaki tanpa naik teksi untuk ke mana-mana tempat di sana,hanya naik bas untuk pulang ke Tetouan.Sebelum pulang kami sempat melawat makam al hafiz Abdullah bin as-Siddiq al-GhumariWalaupun penat tapi menyeronokkan.Keesokkan harinya kami pulang ke Kenitra pada jam 8 pagi dan tiba di Rabat jam 12.30 tengahari dan terus ambil train ke Kenitra.
Pengalaman bermusafir memang menyeronokkan,dan paling menyeronokkan ia membawa manfaat kepada kita dan bukan hanya jalan-jalan kosong.Syukur kerana dapat ke sana setelah sekian lama kerana mungkin ini jaulah pertama dan terakhir ke sana.Terimakasih juga pada mereka yang sudi menjadi 'musyrif' sepanjang kembara ini.
Firman Allah S.W.T:
Katakanlah: "Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu. kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)." 30:42.
Ramadhan akan menjelma.Semoga Ramadhan kali ini sentiasa diisi dengan beribadat kepada-Nya dan mungkin inilah ramadhan yang terakhir buat kita.Tak lupa buat rakyat Malaysia yang kini semakin kritikal diserang wabak H1N1,sentiasa berjaga-jaga untuk mencegah penyakit ini dan terlindung daripada dijangkiti.amin
Wassalam..

written by ituakujiya at 17:01
| war-g-ya August 31, 2009 12:24 AM PDT setahu saya yang di mesir adalah makam abangnya,ahmad siddiq. | ||
| Amin August 22, 2009 07:01 AM PDT makam abdullah ben siddiq tak silap kat Mesir. | ||
| farah imani August 19, 2009 02:06 PM PDT salam kak jiya... rabbit sehat x?? wah...jalan2 xmo bawak saya..hehehe coklat milka ade tuk saya?? | ||
| Leave a Comment: |
Don't buy Vista Security
| Previous Entry | Home | Next Entry |