Photobucket


Thursday, June 11, 2009
Syukur...

Assalamualaikum...

" Kak Umi Ecah ada pertandingan bahas bahasa arab nanti,doakan Ecah eh," suara ecah kedengaran ceria sekali."waaa,baguslah ecah masuk bahas bahasa arab kagum akak,akak tak sampai tahap tu lagi,buat betul-betul eh." pesan saya.

 Saya cukup kagum dengan semangat adik saya,dia selalu cakap pada emak nak challenge saya dalam pelajaran,itu kata-katanya selepas saya bertolak ke Mesir untuk mengikuti kursus bahasa di sana.Akhirnya dia dapat mengalahkan saya dalam PMR dengan keputusan yang cemerlang dari saya.Bagus dik! tu yang akak nak.

 "Kak Umi,kau pujuklah ayah dengan mak,aku nak sambung sekolah teknik,nak amik pasal komputer,tak nak dah sekolah agama,"ngadu adik saya.Saya tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakannya."Eloklah tu sekolah agama,sekurang-kurang pelajaran agama kau tak tinggal begitu je,tak sayang ke?dah belajar banyak tinggal macam itu je,bukan akak tak nak sokong Ecah,tapi mak dan ayah nak Ecah masuk sekolah agama ada baiknya,percayalah,"nasihat saya padanya.Dia diam seribu bahasa,tanda protes.Keadaan berterusan setiap kali saya telefon rumah,bila minta untuk berbicara dengannya,perkara itu dibangkit lagi dan saya terus menasihatinya.Mak juga berulangkali minta saya menasihatinya.

 "Aku bukannya macam kau,bahasa arab aku teruk la,baik tak payah terus sekolah agama,entah terima ke tidak," bentak adik saya.Saya cukup masak dengan perangainya,tidak terus mengalah dan terus menasihatinya.Akhirnya ayah berjaya menempatkannya ke sekolah agama."Kak Umi,bahasa arab aku teruklah,aku tak tahu nak buat macam mana,susah betul nak datang minat,"adik saya mengeluh."Jom akak ajar mana yang patut,bahasa arab kena ada minat menghafal kemudian praktikkan,baru boleh,ok." "InsyaAllah."Saya tetap terus mengajarnya selagi yang mampu.

 Teringat pengalaman di sekolah rendah agama,saya selalu gagal dalam bahasa arab sehingga di rotan,paling tinggi pangkat B,itu pun sewaktu darjah 4.Alhamdulillah untuk seterusnya ada peningkatan.Saya juga sepertinya kurang minat pada subjek ini pada mulanya.

 Di sekolah menengah rendah agama pula,minat saya pada bahasa arab semakin mendalam sehinggalah seorang ustaz memanggil saya dan rakan yang lain untuk menyertai Hiwar Arabi(perbualan bahasa arab).Walaupun sekadar di tempat ketiga,saya berpuas hati dapat mempraktikkannya.Kemudian saya terus mengikuti pertandingan dalam bahasa arab yang lain.Dan sehinggalah sekarang di bumi Morocco saya cuba untuk memantapkan lagi bahasa Al-Quran ini.

 Saya yakin dengan permulaannya yang kurang minat lama-kelamaan InsyaAllah akan timbul minatnya pada bahasa ini.Moga dengan permulaan dia menyertai pertandingan seperti ini akan membuka ruang untuknya menanam minat dan cinta pada lughatul quran ini.

 Akak akan sentiasa doa yang terbaik untuk adik akak seorang ini...sayang kamu..

 


 

Posted at 03:11 by ituakujiya

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry



Photobucket
SIAPA SAYA ::War-g-ya:: ::Seremban,Negeri Sembilan:: ::Pengajian Islam,Hassan thani University,Mohammedia:: farafishah_wu88@yahoo.com
salam Pictures, Images and Photossalam Pictures, Images and Photos
::SEMBANG-SEMBANG::
Free shoutbox @ ShoutMix


I love Islam Pictures, Images and Photosislam Pictures, Images and Photos

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






rss feed




Kredit Diyalna 2