The Author

Photobucket
SIAPA SAYA ::War-g-ya:: ::Seremban,Negeri Sembilan:: ::Pengajian Islam::
ituakujiya
July 11th
Female
senawang,negeri sembilan

Photobucket
 
Contents
::SEMBANG-SEMBANG::
Free shoutbox @ ShoutMix



 
 
Epilogue


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


Acknowledgements

Layout: Marianne
Picture: Stock.XCHNG
BLOGDRIVE
TEMPLATES
My Life, My Story



Website Counter
Free Counter



RSS Atom
rss feed






rss feed


RSS Atom
rss feed
Berubahlah!!!!
Sunday, April 26, 2009

 assalamualaikum....

  Minggu ini agak memenatkan.Masing-masing sibuk menyiapkan bahas tahun akhir kami,sibuk mencari bahan, menaip dan sebagainya. tarikh 11 Mei satu tarikh yang menggerunkan,sebab kami perlu hantar bahas kami pada tarikh tersebut.Semoga segalanya dipermudahkan.Amin....

   **************************************
 Sabtu lalu,saya ada muroqobah mustamirah ( exam mid term).Madah ahkam al-quran sudah selesai. saya lebih banyakkan pemahaman dari hafalan untuk madah ini, perbincangan dalam kelas dan syarah ustaz banyak membantu dan hasilnya alhamdulillah ia memudahkan saya untuk menjawab soalan. Sedang sibuk mengolah isi untuk dilakar di kertas jawapan, mata saya tertancap pada gerak geri kawan sebelah, ada nota kecil di bawah telapak tangannya.Kesal,geram dan marah.Kenapa mesti MENIRU? rasa macam nak koyakkan sahaja kertas itu.

 "saya nak bertanya sesuatu,maaf kalau awak tak suka" saya bertanya kepada seorang kawan.

 "baik,tanyalah.saya akan cuba jawab" kawan saya membalas.

" kenapa saya lihat,kebanyakkan mereka ini suka meniru semasa muroqobah, perkara ini pun selalu disebut,malah ada kertas ditampal lagi, " sesiapa yang meniru bukan dari kalanganku"(merujuk kepada hadis nabi).tapi masih meniru." saya menyoalnya.

" saya pun tidak suka sifat mereka ini,malah ada yang kata,dengan meniru ini,dapat membantu rakan kita dan dapat meyebarkan ilmu.saya malu dengan kamu yang budak ajnabi,saya lihat kalian bukan macam kami,jangan ikut  perbuatan ini. tapi insyaAllah bukan di kalangan ini" jawab rakan saya. saya percaya dia bukan dari golongan itu,kerana dia sangat juhud dalam nak mendapatkan ilmu.

 Saya masih ingat,waktu saya di dalam dewan peperiksaan.Sedang kami tekun menjawab soalan dan memerah otak,seorang lelaki yang duduk di sebelah kawan saya ingin meminjam pen, barangkali dakwat pennya sudah habis, kawan saya pun memberi tanpa ragu. Selesai dia menjawab dia pulangkan pen tersebut bersama 1 kertas, terkejut kawan saya kertas yang dia bagi adalah kertas jawapan.(Senangnya nak bagi orang tiru.... tak faham betul aku, mungkin itu ' ganjaran' sebab bagi pinjam pen.) Budaya ini memang jadi kejutan buat kami ketika itu.
 
 Bila ditegur,mereka ketawa malah keluar hujah tidak berasas dan ghair ma'kul, sudah seronok dengan perbuatan itu.berubahlah sahabat!!! belum terlambat lagi.

 
 Berusahalah atas kesungguhan diri sendiri bukan atas kesenangan orang lain kerana kejayaan atas usaha sendiri lebih manis dari perbuatan meniru ini.

Usahlah berbangga dengan keputusan MUSTAHSAN,kalau dalam menuntut ilmu sudah adanya penipuan.Berubahlah!!!!!

 


written by ituakujiya at 15:45

ouled kenitra
May 15, 2009   09:48 AM PDT
 
amacam ngan persediaan imtihan lagi dua mgu ni?
Ouled Kenitra
May 2, 2009   06:59 AM PDT
 
rupanya apa yg saya tulis di blog saya mgu ini ada persamaan dengan tulisan anda. bezanya apa yg saya tulis adalah kisah lebih 16 tahun yg lalu. nampaknya suasana masih sama.....

Allahu yarhambak!!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Don't buy Vista Security
Previous Entry Home Next Entry