Mungkin dikalangan kita sudah banyak kali diingatkan dengan pertanyaan ini,apakah pertanyaan itu..
1.Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2.apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3.apakah yang paling besar di dunia?
4.apakah yang paling berat di dunia?
5.apakah yang paling ringan di dunia?
6.apakah yang paling tajam di dunia?
soalan-soalan ini telah diajukan oleh Imam Ghazali kepada anak murid beliau. Masing-masing memberikan jawapan yang sama dan mengikut logik akal.Imam Ghazali pula mengiyakan setiap jawapan mereka dan tidak pula menidakkannya malah Imam Ghazali telah memberikan jawapan yang baik dan membuka minda.Apa pula jawapan beliau...
1.Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘MATI’. Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 185 :
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
Maksudnya : Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari qiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.(3:185)
3.Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah ‘NAFSU’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Ayat 179 surah al-A’araf :
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالأِِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَ يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memamahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah, Mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu seperti binatang bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.(7:179)
إِنَّا عَرَضْنَا الأَ مَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الأِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولاً
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil.(33:72)
عن ابن مسعود رضى الله عنه,قال: قلت:يا رسول الله ! أي العمل أحب الله تعالى؟ قال: الصلاة على وقتها
Dari ibnu mas3ud berkata:aku berkata:"apakah perkara yang disukai Allah?" Rasulullah bersabda:"solat pada waktunya."(muttafaqun alaih. Al-bukhari:527,Muslim:85)
6.Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘LIDAH MANUSIA’ di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.
قال الرسول : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ أَوْ لِيَسْكُتْ
Maksudnya
: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah
hanya berkata perkara yang baik atau pun dia diam.(muttafaqun alaih.Al-bukhari:6475, Muslim:47)
written by ituakujiya at 07:57
| Leave a Comment: |
Don't buy Vista Security
| Previous Entry | Home | Next Entry |

