Photobucket


Wednesday, March 11, 2009
Istimewa tiada dua

Di mana letaknya
Sebuah cinta yang sejati
Cuma sementara
Tiada yang abadi

Diriku tersisih
Menagih sebutir harapan
Selalu merintih
Namun tiada jawapan
Lalu ku beralih arah
Temui kasih tiada bandingan
Yang satu selamanya
Ya ALLAH….

Di mana hilang sebuah cinta sejati
Ku mencari kasih tulus suci
Ku bahgia KAU selalu menemani
Kala hatiku sunyi….

Ya…
Ya Rahman..
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Allah….


 Di atas ini adalah lirik lagu kumpulan Nice feat Hazami.Lagu ini dah lama saya dengar,seingat saya musim soif tahun lepas,selepas habis sahaja peperiksaan nihaie sem 4. Saja nak cari-cari lagu nasyid tiba-tiba nampak lagu ini,dengar dan terus terpikat.Nak kata tiap-tiap hari dengar,sebab dah 'jatuh cinta' dengannya.Saya mula nak download,tapi cari-cari tiada,akhirnya saya ambil keputusan hantar mesej terus kepada si pengupload,Nezz,dia memang banyak kumpul lagu kumpulan Nice ni.

  Sungguh saya terpikat dengan lagu ini.Setiap kali mendengarnya,hati saya cukup tersentuh.Memang benar kasih sayang Allah itu kasih yang abadi,tiada tolok bandingnya.Setiap kali kita terjatuh kita pasti cuba mencari kasih dan keampunannya.

  Dakwah masa kini pelbagai genre.Ada yang menyampainya melalui penulisan,lagu, ceramah dan sebagainya.Apa pun caranya moga pengisian itu sampai. Di samping itu perbanyakkan zikrullah agar kita sentiasa dekat dengan-Nya.Allah berfirman: "ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang".

 Semoga diri ini menjadi lebih dekat dengan Allah.
  Thabit qulubana 3ala dinik wa3ala to3atik....

Posted at 22:15 by ituakujiya

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry



Photobucket
SIAPA SAYA ::War-g-ya:: ::Seremban,Negeri Sembilan:: ::Pengajian Islam,Hassan thani University,Mohammedia:: farafishah_wu88@yahoo.com
salam Pictures, Images and Photossalam Pictures, Images and Photos
::SEMBANG-SEMBANG::
Free shoutbox @ ShoutMix


I love Islam Pictures, Images and Photosislam Pictures, Images and Photos

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






rss feed




Kredit Diyalna 2