Kadang-kadang bukan semua perkara yang kita usahakan akan menemui hasilnya. Di pengakhirannya sama ada sukacita atau dukacita.
Jika sukacita,hati gembira bukan kepalang,berasa puas dengan apa yang diusahakan selama ini berhasil.
Tapi jika ia mendukacitakan pasti kita berasa sedih dan terkilan dengan segala usaha yang kita telah lakukan.
`cuba belajar menerimanya,InsyaAllah ada sesuatu yang lebih baik Allah janjikan untuk kita.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,pada hal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (2:216)
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku
Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Raihan-Damba cinta Mu.
written by ituakujiya at 00:26
Make a comment Permalink
بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أيَّامًا مَّعْدُوداتٍ فَمَن كَانَ مِنْكُم مَرِيضاً أو عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِن أيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِين يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسكِينٍ فَمَن تَطَوَّعَ خَيرًا فَهُو خَير لَّه وَأَن تَصُوموا خَيرُ لَّكُم إن كُنتُم تَعلَمونَ
184.
(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada
yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya
berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan
wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa)
membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. barangsiapa yang dengan
kerelaan hati mengerjakan kebajikan[114], Maka Itulah yang lebih baik baginya.
dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui.
[114] maksudnya memberi makan lebih dari seorang miskin untuk satu hari.
Ayat di atas menerangkan bahawa seseorang yang sakit atau uzur untuk berpuasa dan musafir dibolehkan untuk tidak berpuasa dan diwajibkan menggantikan puasa-puasanya yang tertinggal iaitu qadha atau membayar fidyah atau menunaikan kedua-duanya sekali.
Fidyah(Kafaratul Sughra) bermaksud denda atau tebusan yang dikenakan kepada orang islam yang melakukan kesalahan di dalam ibadah tertentu.Contohnya memberi sedekah makanan kepada fakir-fakir miskin.
Golongan yang dikenakan Fidyah.
Fidyah dikenakan kepada beberapa golongan yang tidak menunaikan puasa atas sebab-sebab yang berikut:
1) Orang yang sangat tua dan uzur dan tidak mampu untuk berpuasa
2)Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh ( مرض الموت), disebabkan sakitnya itu dia tidak mampu untuk berpuasa.
3)Wanita hamil dan yang menyusukan anak berbuka puasa kerana khuatir memudaratkan dirinya dan anaknya.
4)Orang yang meninggalkan puasa,kemudian ia melengahkan qadha puasanya sehingga Ramadhan yang akan datang,sedangkan dia mampu untuk menggantikannya sebelum tibanya Ramadhan yang seterusnya.
Orang yang sangat tua dan uzur dan tidak mampu untuk berpuasa dan orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.
Firman Allah s.w.t:
فَمَن كَانَ مِنْكُم مَرِيضاً أو عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِن أيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِين يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسكِينٍ
Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin.(2:184)
Bagi orang yang sangat tua dan sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dan tidak berdaya untuk berpuasa mereka diharuskan untuk berbuka kerana keuzurannya.Dan mereka tidak diwajibkan untuk menqadhakan puasa tapi diwajibkan untuk membayar fidyah.
Ibnu Abbas telah berkata:
كان الشيخ الكبير والعجوز الكبيرة وهما يطيقان الصوم رخص لهما أن يفطرا إن شاءا ويطعيما لكل مسكينا
Maksudnya:Orang yang sangat tua dikalangan lelaki dan perempuan,dan
kedua-duanya tidak berdaya untuk berpuasa,dibolehkan untuk mereka berbuka dan
hendaklah memberi makanan kepada fakir miskin sebagai ganti. (Tafsir At Tabari
juz 3:167)
Kewajipan membayar fidyah bagi orang yang sangat tua dan sakit yang
tiada harapan untuk sembuh menjadi tanggungannya sehingga dia mampu membayarnya
walaupun dia seorang fakir.Tidak diwajibkan keatas mereka untuk mengqadhakan
puasanya walaupun dia mampu untuk berpuasa kemudiannya. Akan tetapi jika mereka
sudah menebus puasa yang tertinggal itu dengan mengqadhakan puasanya,maka tidak
lagi diwajibkan ke atasnya untuk membayar fidyah.
Waktu untuk membayar fidyah bagi orang tua dan sakit ini adalah
selepas fajar dalam bulan Ramadhan dan juga sebelum terbit fajar iaitu pada
waktu malam. Walau bagaimanapun dia tidak boleh menyegerakan pembayarannya
dengan membayarnya sebelum tibanya bulan Ramadhan.
Wanita hamil atau wanita yang menyusukan anak.
Di dalam permasalahan ini ulama telah berbeza pendapat,dan terdapat 4
pendapat di dalam hal ini:
1) Keduanya harus mengqadhakan puasa dan tidak perlu membayar fidyah. Ini
adalah pendapat Mazhab Hanafi,Abu Tsaur dan Abu Ubaid.(Bidayatul Mujtahid:
Maktabah Shamela)
2) Keduanya harus membayar fidyah dan tidak perlu mengqadhakan puasa. Ini
adalah pendapat Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Said bin Jubair.(Tafsir At Tabari
juz 3:168)
3) Jika dia khuatir akan keselamatan dirinya saja dia harus mengqadha
puasanya, akan tetapi jika dia khuatir akan keselamatan dirinya dan anaknya dia
harus mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah.Ini adalah pendapat Mazhab
Syafie dan Hambali.(Mughni al Muhtaj 1:644,Al Mughni juz 4:393)
4) Wanita yang hamil hanya mengqadhakan puasanya dan tidak perlu membayar
fidyah,manakala wanita yang menyusukan anaknya yang khuatir akan anaknya harus
mengqadhakan puasa dan membayar fidyah. Ini adalah pendapat Mazhab Maliki.(Ad
Dzakhirah juz 2:515).
Tarjih.
Permasalahan ini tidak mempunyai nas yang soreh dan para ulama berbeza
pendapat tentangnya. Jika diteliti mungkin pendapat mazhab Hanafi lebih kuat
kerana mengqiyaskan wanita yang mengandung dan menyusukan anak boleh
dikategorikan dalam orang sakit yang ada harapan untuk sembuh.Dan pendapat ini
ditarjih oleh sheikh Soleh Uthaimin.
Dan jika memilih fatwa sahabat Rasulullah s.a.w adalah lebih kuat
berbanding qiyas, maka bolehlah mengikuti fatwa Ibnu Abbas dan Ibnu Umar.
Begitu juga sekiranya selesa untuk melakukan kedua-duanya boleh merujuk kepada
pendapat ulama yang lain.
Wa Allah taala ‘Alam.
Orang yang melengahkan qadha puasanya.
Seseorang yang meninggalkan puasanya dan kemudian melengahkan qadha
puasanya sehingga Ramadhan yang seterusnya hendaklah mengqadhakan puasanya dan
membayar fidyah.Di dalam permasalahan ini terdapat 2 pendapat :
1)
wajib membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin untuk satu hari. Ini adalah pendapat
jumhur ulama iaitu Mazhab Maliki,Syafie,Ahmad dan para sahabat dan tabien
.
tidak perlu membayar
fidyah. Ini adalah pendapat Mazhab Hanafi.
(Rujuk Fiqh Sunnah).
Untuk keterangan lanjut mengenai permasalahan
ini,bolehlah rujuk link ini: http:////www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=36980&sid=5eb28afcb3a434e5d5a725e6cb63d542
Bagaimana
cara membayar fidyah?
Dalam beberapa riwayat dari Ibnu
Umar disebutkan bahwa fidyah puasa Ramadhan dibayarkan dengan satu mudd (مد)(segenggam penuh tangan orang dewasa) burr (gandum
terbaik). Sedangkan dalam riwayat Ibnu Abbas adalah setengah sha’ (صاع)= dua mudd gandum. Berhubung tak ada nash juga dalam
masalah ini maka baiknya disamakan saja dengan zakat fitrah baik barang maupun
wangnya. Sebaiknya dibayarkan kepada orang miskin atau orang tak mampu. Boleh
kepada satu orang untuk semua hari atau beberapa orang.
عن أيوب عن أنس بن مالك أنه ضَعُفَ عن الصوم عاما فصنع جفنة من ثريد ودعا ثلاثين مسكينا فأشبعهم
Dalam sebuah riwayat dari Ayyub bahwa Anas bin Malik
rahimahullah ketika sudah tua dan tak mampu puasa beliau membayar dengan cara
mengundang 30 orang miskin untuk satu kali makan di rumahnya, dan itu adalah
pembayaran untuk 30 hari tidak puasa. (Lihat riwayatnya dalam Sunan Ad-Daraquthni,
no. 2415).
1 sha` = 4 mudd
1 mudd = 0, 688
liter (menurut perhitungan Prof Dr. Wahbah Az Zuhaili dalam kitabnya Al-Fiqh
Al-Islami, juz 1, hal. 119, maktabah syamilah).
Lalu satu sha`
dihitung adalah = 2,75 liter.
Demikianlah
perhitungan yang saya dapatkan dalam kitab Al-Fiqh Al-Islami dan dalam kitab
Fiqh Az-Zakaah, karya Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.
Artinya, setengah
sha’ beras sama dengan 1,35 liter. Kalau dikilokan sekitar 1,5 kg.
Rujukan selanjutnya:
فتاوى اللجنة الدائمة ، المجموعة الأولى، مكتبة الشاملة
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=38493&sid=163116098619c7985ece9d6271251e81http://http://rajawana.com/artikel/akhak-a-agama/402-bagaimana-cara-membayar-fidyah-puasa.html
written by ituakujiya at 10:06
Make a comment Permalink
Assalamualaikum…
“Kak!sampai kenitra nanti kita pergi Mahattoh
Qiran eh.”
Petang itu
kami bercadang untuk ke Mahattoh Qiran(nama stesyen bas di Kenitra) untuk
melihat tiket ke tetouan pada esok hari.Dari Rabat,kami telah bertolak ke
Kenitra selepas asar.Tidak bercadang untuk pulang ke rumah,kami terus mencari
teksi untuk ke stesyen bas itu.
Selepas lama mencari,sebuah teksi berhenti.
"Kak!dia ni aritu tanya kiteorang pasal sirah nabi."Junior saya menerangkan tentang pemandu teksi itu.Dari perwatakannya jelas dia mempunyai pendidikan agama yang baik.Kebanyakkan pemandu teksi di Maghribi yang saya temui mempunyai taraf pendidikan yang baik dan mereka ini selayaknya mendapat pekerjaan yang lebih baik dari pemandu teksi tapi kerana peluang pekerjaan yang terhad mereka memilih menjadi pemandu teksi.Perkara ini membuatkan saya rasa kita seharusnya bersyukur dengan kerjaya yang kita perolehi.Mereka juga mengajar saya bukan segulung ijazah penentu kejayaan hidup tapi pengalaman bergaul dengan masyarakat merupakan 'ijazah' terpenting dalam hidup.
Sepanjang perjalanan banyak yang kami bualkan.Banyak yang disoalnya kepada kami,terkedu juga saya untuk menjawabnya,dalam hati saya tidak habis memujinya.Tabarakallah.
Memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelma,perbualan kami lebih berkisarkan tentang Ramadhan.
"Kamu tahu maksud Ramadhan itu sendiri apa?" tanya pemandu teksi itu.
Kami diam.
"Yakni,huruf ra' itu apa,mim itu apa.dhod itu apa" jelasnya lagi.Lama kami memikirkan.
"Baiklah. ra' itu maksudnya adalah rahmat, mim pula adalah maghfirah, dhod apa?" terang beliau.
sepi lagi.
"dhod itu jaminan ke syurga( ضمن إلى الجنة)." " Na'am" jawab kami.
"Alif pula aman dari neraka dan nun adalah jauh dari seksaan kubur( نجوة من عذاب القبر)" jelasnya lagi.
Itulah simbolik dari perkataan Ramadhan itu sendiri.
Kemuliaan bulan Ramadhan.
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan
dari Rasulullah S.A.W bersabda: “Apabila tiba Ramadhan,dibukakan pintu-pintu
syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan syaitan diikat.” (riwayat Bukhari,Muslim,Nasaie,Ahmad
dan Al Baihaqi)
Abu Hurairah berkata:aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan: “ Barangsiapa yang mendirikan(Ramadhan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosa yang lalu.” (Riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud,Tarmizi,Ahmad dan al Baihaqi)
Ramadhan menjelma lagi.Bulan yang penuh keberkatan dan rahmatnya.Allah telah menjanjikan pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup.Dan pada bulan ini adanya suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
written by ituakujiya at 16:33
Make a comment Permalink
Soif kali ini saya habiskan di morocco,mak tak galakkan nak balik sebab tahun depan nak balik dah,jadinya masa 3 bulan ini akan dihabiskan di morocco sebelum sambung pengajian akhir di sini.Ya Allah permudahkanlah segalanya.
7 Ogos 2009.
Pada tarikh ini dua jiwa telah disatukan iaitu NurHafizah bt Anuar dan Noradli Syahri bin Abdul Kadir.Satu alasan nak balik sebab nak datang majlis mereka,tapi tak apalah mungkin tak ada rezeki.Semoga perkahwinan kalian sentiasa dilimpahi mawaddah dan rahmah yang dijanjikan Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Firman Allah S.W.T:
Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian[1035] diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui 24:32
12 Ogos-16 Ogos 2009
Musafir.Perancangan untuk musafir ini telah kami rancang dua minggu awal dari tarikh ini,pelbagai dugaan.Saya yang mula berkobar-kobar akhirnya mengambil langkah untuk biasa-biasa sahaja,takut yang dirancang tidak kesampaian. Alhamdulillah akhirnya segala yang dirancang ianya dapat dilaksanakan.Maka kami seramai 6 orang telah bermusafir ke Tetouan-Sebta-Tanger.
Kami telah berjalan ke Martil,Mdiq dan Fnedeq dan saya kagum dengan keindahan bandar-bandar di sana.Pada hari ketiga, sebahagian daripada kami telah pergi ke Sebta dan sebahagian lagi telah ke Fnideq untuk kali kedua,saya tak dapat mengikuti mereka kerana tidak membawa passport malah memang tak ingat langsung untuk ke sana walaupun memang merancang untuk ke tetouan cuti ini.
Sehari sebelum pulang, kami telah ke Tanger.Perjalanan ke sana amat memenatkan kerana kami hanya berjalan kaki tanpa naik teksi untuk ke mana-mana tempat di sana,hanya naik bas untuk pulang ke Tetouan.Sebelum pulang kami sempat melawat makam al hafiz Abdullah bin as-Siddiq al-GhumariWalaupun penat tapi menyeronokkan.Keesokkan harinya kami pulang ke Kenitra pada jam 8 pagi dan tiba di Rabat jam 12.30 tengahari dan terus ambil train ke Kenitra.
Pengalaman bermusafir memang menyeronokkan,dan paling menyeronokkan ia membawa manfaat kepada kita dan bukan hanya jalan-jalan kosong.Syukur kerana dapat ke sana setelah sekian lama kerana mungkin ini jaulah pertama dan terakhir ke sana.Terimakasih juga pada mereka yang sudi menjadi 'musyrif' sepanjang kembara ini.
Firman Allah S.W.T:
Katakanlah: "Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu. kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)." 30:42.
Ramadhan akan menjelma.Semoga Ramadhan kali ini sentiasa diisi dengan beribadat kepada-Nya dan mungkin inilah ramadhan yang terakhir buat kita.Tak lupa buat rakyat Malaysia yang kini semakin kritikal diserang wabak H1N1,sentiasa berjaga-jaga untuk mencegah penyakit ini dan terlindung daripada dijangkiti.amin
Wassalam..
written by ituakujiya at 17:01
Comments (3) Permalink
" Kak Umi Ecah ada pertandingan bahas bahasa arab nanti,doakan Ecah eh," suara ecah kedengaran ceria sekali."waaa,baguslah ecah masuk bahas bahasa arab kagum akak,akak tak sampai tahap tu lagi,buat betul-betul eh." pesan saya.
Saya cukup kagum dengan semangat adik saya,dia selalu cakap pada emak nak challenge saya dalam pelajaran,itu kata-katanya selepas saya bertolak ke Mesir untuk mengikuti kursus bahasa di sana.Akhirnya dia dapat mengalahkan saya dalam PMR dengan keputusan yang cemerlang dari saya.Bagus dik! tu yang akak nak.
"Kak Umi,kau pujuklah ayah dengan mak,aku nak sambung sekolah teknik,nak amik pasal komputer,tak nak dah sekolah agama,"ngadu adik saya.Saya tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakannya."Eloklah tu sekolah agama,sekurang-kurang pelajaran agama kau tak tinggal begitu je,tak sayang ke?dah belajar banyak tinggal macam itu je,bukan akak tak nak sokong Ecah,tapi mak dan ayah nak Ecah masuk sekolah agama ada baiknya,percayalah,"nasihat saya padanya.Dia diam seribu bahasa,tanda protes.Keadaan berterusan setiap kali saya telefon rumah,bila minta untuk berbicara dengannya,perkara itu dibangkit lagi dan saya terus menasihatinya.Mak juga berulangkali minta saya menasihatinya.
"Aku bukannya macam kau,bahasa arab aku teruk la,baik tak payah terus sekolah agama,entah terima ke tidak," bentak adik saya.Saya cukup masak dengan perangainya,tidak terus mengalah dan terus menasihatinya.Akhirnya ayah berjaya menempatkannya ke sekolah agama."Kak Umi,bahasa arab aku teruklah,aku tak tahu nak buat macam mana,susah betul nak datang minat,"adik saya mengeluh."Jom akak ajar mana yang patut,bahasa arab kena ada minat menghafal kemudian praktikkan,baru boleh,ok." "InsyaAllah."Saya tetap terus mengajarnya selagi yang mampu.
Teringat pengalaman di sekolah rendah agama,saya selalu gagal dalam bahasa arab sehingga di rotan,paling tinggi pangkat B,itu pun sewaktu darjah 4.Alhamdulillah untuk seterusnya ada peningkatan.Saya juga sepertinya kurang minat pada subjek ini pada mulanya.
Di sekolah menengah rendah agama pula,minat saya pada bahasa arab semakin mendalam sehinggalah seorang ustaz memanggil saya dan rakan yang lain untuk menyertai Hiwar Arabi(perbualan bahasa arab).Walaupun sekadar di tempat ketiga,saya berpuas hati dapat mempraktikkannya.Kemudian saya terus mengikuti pertandingan dalam bahasa arab yang lain.Dan sehinggalah sekarang di bumi Morocco saya cuba untuk memantapkan lagi bahasa Al-Quran ini.
Saya yakin dengan permulaannya yang kurang minat lama-kelamaan InsyaAllah akan timbul minatnya pada bahasa ini.Moga dengan permulaan dia menyertai pertandingan seperti ini akan membuka ruang untuknya menanam minat dan cinta pada lughatul quran ini.
Akak akan sentiasa doa yang terbaik untuk adik akak seorang ini...sayang kamu..
written by ituakujiya at 03:11
Make a comment Permalink
Minggu ini agak memenatkan.Masing-masing sibuk menyiapkan bahas tahun akhir kami,sibuk mencari bahan, menaip dan sebagainya. tarikh 11 Mei satu tarikh yang menggerunkan,sebab kami perlu hantar bahas kami pada tarikh tersebut.Semoga segalanya dipermudahkan.Amin....
**************************************
Sabtu lalu,saya ada muroqobah mustamirah ( exam mid term).Madah ahkam al-quran sudah selesai. saya lebih banyakkan pemahaman dari hafalan untuk madah ini, perbincangan dalam kelas dan syarah ustaz banyak membantu dan hasilnya alhamdulillah ia memudahkan saya untuk menjawab soalan. Sedang sibuk mengolah isi untuk dilakar di kertas jawapan, mata saya tertancap pada gerak geri kawan sebelah, ada nota kecil di bawah telapak tangannya.Kesal,geram dan marah.Kenapa mesti MENIRU? rasa macam nak koyakkan sahaja kertas itu.
"saya nak bertanya sesuatu,maaf kalau awak tak suka" saya bertanya kepada seorang kawan.
"baik,tanyalah.saya akan cuba jawab" kawan saya membalas.
" kenapa saya lihat,kebanyakkan mereka ini suka meniru semasa muroqobah, perkara ini pun selalu disebut,malah ada kertas ditampal lagi, " sesiapa yang meniru bukan dari kalanganku"(merujuk kepada hadis nabi).tapi masih meniru." saya menyoalnya.
" saya pun tidak suka sifat mereka ini,malah ada yang kata,dengan meniru ini,dapat membantu rakan kita dan dapat meyebarkan ilmu.saya malu dengan kamu yang budak ajnabi,saya lihat kalian bukan macam kami,jangan ikut perbuatan ini. tapi insyaAllah bukan di kalangan ini" jawab rakan saya. saya percaya dia bukan dari golongan itu,kerana dia sangat juhud dalam nak mendapatkan ilmu.
Saya masih ingat,waktu saya di dalam dewan peperiksaan.Sedang kami tekun menjawab soalan dan memerah otak,seorang lelaki yang duduk di sebelah kawan saya ingin meminjam pen, barangkali dakwat pennya sudah habis, kawan saya pun memberi tanpa ragu. Selesai dia menjawab dia pulangkan pen tersebut bersama 1 kertas, terkejut kawan saya kertas yang dia bagi adalah kertas jawapan.(Senangnya nak bagi orang tiru.... tak faham betul aku, mungkin itu ' ganjaran' sebab bagi pinjam pen.) Budaya ini memang jadi kejutan buat kami ketika itu.
Bila ditegur,mereka ketawa malah keluar hujah tidak berasas dan ghair ma'kul, sudah seronok dengan perbuatan itu.berubahlah sahabat!!! belum terlambat lagi.
Berusahalah atas kesungguhan diri sendiri bukan atas kesenangan orang lain kerana kejayaan atas usaha sendiri lebih manis dari perbuatan meniru ini.
Usahlah berbangga dengan keputusan MUSTAHSAN,kalau dalam menuntut ilmu sudah adanya penipuan.Berubahlah!!!!!
written by ituakujiya at 15:45
Comments (2) Permalink
tahniah di ucapkan buat sahabat-sahabat seperjuangan yang akhirnya berjaya menubuhkan portal komuniti dakwah.Laman web ini adalah hasil kerja daripada mahasiswa Malaysia di Maghribi.InsyaAllah dengan penubuhan web Diyalna.com yang bermaksud kepunyaan kami(nama ini diambil daripada dialek orang morocco iaitu bahasa darijah) memberi sedikit sebanyak informasi yang berharga kepada semua.
SIAPA KAMI?
Dalam usaha menyebarkan ilmu kepada masyarakat dan remaja Islam khususnya, Diyalna muncul sebagai salah satu medium dakwah bersesuaian dengan kehendak jiwa masyarakat masakini.
Diyalna diasaskan oleh mahasiswa Malaysia di Maghribi yang mempunyai kemahiran dan kriteria dalam bidang masing-masing. Melihat kepada kemahiran individu ini, kami melihat adalah lebih baik jika ia disatukan untuk menjadikan skop dakwah yang lebih berkualiti, fleksibel, praktis dan futuristik lebih-lebih lagi ketika remaja Islam hari ini sedang berdepan dengan budaya negatif yang dilambakkan oleh barat samada dalam bentuk penjajahan minda, gaya hidup bebas dan sebagainya yang menjerumuskan mereka kepada fahaman hedonistik yang amat kritikal. Melihat kepada kekeringan umat mengenai agama dan thaqafah ilmu ini, kami muncul dengan harapan dapat memberi sumbangan yang sedikit demi membantu masyarakat khususnya remaja Islam yang satu hari nanti akan menjadi simbolik untuk kepimpinan negara di masa hadapan.
Meh pakat ramai-ramai sertai diyalna....
written by ituakujiya at 19:42
Make a comment Permalink
Mungkin dikalangan kita sudah banyak kali diingatkan dengan pertanyaan ini,apakah pertanyaan itu..
1.Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2.apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3.apakah yang paling besar di dunia?
4.apakah yang paling berat di dunia?
5.apakah yang paling ringan di dunia?
6.apakah yang paling tajam di dunia?
soalan-soalan ini telah diajukan oleh Imam Ghazali kepada anak murid beliau. Masing-masing memberikan jawapan yang sama dan mengikut logik akal.Imam Ghazali pula mengiyakan setiap jawapan mereka dan tidak pula menidakkannya malah Imam Ghazali telah memberikan jawapan yang baik dan membuka minda.Apa pula jawapan beliau...
1.Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘MATI’. Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 185 :
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
Maksudnya : Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari qiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.(3:185)
3.Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah ‘NAFSU’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Ayat 179 surah al-A’araf :
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالأِِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَ يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memamahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah, Mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu seperti binatang bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.(7:179)
إِنَّا عَرَضْنَا الأَ مَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الأِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولاً
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil.(33:72)
عن ابن مسعود رضى الله عنه,قال: قلت:يا رسول الله ! أي العمل أحب الله تعالى؟ قال: الصلاة على وقتها
Dari ibnu mas3ud berkata:aku berkata:"apakah perkara yang disukai Allah?" Rasulullah bersabda:"solat pada waktunya."(muttafaqun alaih. Al-bukhari:527,Muslim:85)
6.Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘LIDAH MANUSIA’ di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.
قال الرسول : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ أَوْ لِيَسْكُتْ
Maksudnya
: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah
hanya berkata perkara yang baik atau pun dia diam.(muttafaqun alaih.Al-bukhari:6475, Muslim:47)
written by ituakujiya at 07:57
Make a comment Permalink
Untuk kali ini saya di'tag' oleh Zahirah a.k.a Chip.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
1. Nama diberi Norwajia umi.Nama ini ayah yang bagi, dalam kami 9 orang adik beradik, 2 orang sahaja yang ayah bagi nama, yang lain semua mak yang kasi.Yang bestnya nama yang ayah kasi semuanya unik la dan jarang orang dengar,nama kakak saya Ida Rosetti.huhu. pernah try tanya mak,kenapa ayah bagi nama macam tu,mak saya pun tak tahu, tapi mak cakap masa ayah nak bagi nama saya tu,ayah tengah kumpul dengan kawan-kawan.Nak tanya ayah? ehe.. tak berani...
2.Suka warna hijau,biru dan hitam.
3.Banyak persamaan dengan ayah,tapi tak rapat dengan ayah,lagi rapat dengan mak. hehe~
4.Suka baca buku dan dengar ceramah motivasi.Paling best Datuk Dr.Fadzilah Kamsah.
5.Tak suka tengok cerita hantu,tapi boleh je tengok sebenarnya.ehe...
6. My precious things rite now,my ftec and sony hp K810i...Laptop ftec ni dah pernah tercabut kat screen dia,kalau nak betulkan pun kena masuk kilang 3 bulan..tak sanggup aku.Dan laptop ni mak yang belikan masa nak ke Mesir dulu.Sony K810i pulak ayah yang kasi,memang puas hati dengan Sony Ericsson. Terimakasih mak dan ayah.
7. sangat rapat dengan abang saya,abang apis dan suka buli ecah, my youngest sister.Kami memang suka membuli dia.
8. Suka dengan budak-budak terutama yang comel-comel tu.Anak buah saya sekarang ada 14 orang semuanya dan mereka panggil saya dengan gelaran 'mak umi'.Nanti bakal suami nak bagi nama apa erk? pak abi...haha..(target kahwin 25 thn..menyempat lagi tu..isk2)
9. Ada impian nak memiliki Honda Jazz.Kalau naik bas nak pergi maktabah al-saud, selalu nampak kereta ni.color biru metalic memang cantik.
10. bercita-cita nak sambung master dalam bidang kaunseling @ Fiqh.sebab berminat dengan fiqh usrah plus memang tengah buat bahas pasal ini. doakan saya dapat buat dengan baik.amin~
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnyadan menyatakan nama mereka di blog anda.
1. Hizwani Thohir @ si cantik
2. Nawani Hamra'
3. Cik Lily
Tak tahu nak tag sapa lagi..selamat menjawab..
written by ituakujiya at 07:40
Comments (2) Permalink
Sebuah cinta yang sejati
Cuma sementara
Tiada yang abadi
Diriku tersisih
Menagih sebutir harapan
Selalu merintih
Namun tiada jawapan
Lalu ku beralih arah
Temui kasih tiada bandingan
Yang satu selamanya
Ya ALLAH….
Di mana hilang sebuah cinta sejati
Ku mencari kasih tulus suci
Ku bahgia KAU selalu menemani
Kala hatiku sunyi….
Ya…
Ya Rahman..
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Allah….
Di atas ini adalah lirik lagu kumpulan Nice feat Hazami.Lagu ini dah lama saya dengar,seingat saya musim soif tahun lepas,selepas habis sahaja peperiksaan nihaie sem 4. Saja nak cari-cari lagu nasyid tiba-tiba nampak lagu ini,dengar dan terus terpikat.Nak kata tiap-tiap hari dengar,sebab dah 'jatuh cinta' dengannya.Saya mula nak download,tapi cari-cari tiada,akhirnya saya ambil keputusan hantar mesej terus kepada si pengupload,Nezz,dia memang banyak kumpul lagu kumpulan Nice ni.
Sungguh saya terpikat dengan lagu ini.Setiap kali mendengarnya,hati saya cukup tersentuh.Memang benar kasih sayang Allah itu kasih yang abadi,tiada tolok bandingnya.Setiap kali kita terjatuh kita pasti cuba mencari kasih dan keampunannya.
Dakwah masa kini pelbagai genre.Ada yang menyampainya melalui penulisan,lagu, ceramah dan sebagainya.Apa pun caranya moga pengisian itu sampai. Di samping itu perbanyakkan zikrullah agar kita sentiasa dekat dengan-Nya.Allah berfirman: "ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang".
Semoga diri ini menjadi lebih dekat dengan Allah.
Thabit qulubana 3ala dinik wa3ala to3atik....
written by ituakujiya at 22:15
Make a comment Permalink
Don't buy Vista Security
| Next Page |

